Friday, July 12, 2013

Fakta #8 Kapal pelayaran terbesar dunia

Jika anda mabuk laut, jangan baca..

Dibina di Finland, Liberty of the Seas adalah sepanjang 339m dan mampu menampung 4370 orang penumpang dan 1360 orang anak kapal. Di antara kemudahan mewahnya adalah gelanggang luncur ais di dalam perut kapal ini, manakala di bahagian badan atasnya terdapat pembina (pembuat) ombak buatan yang membolehkan penumpang melayari ombak seperti di tepian pantai.
Pergh, ini untuk orang ada-ada saja kot..

Monday, July 8, 2013

Jenaka #1 Air-cond


   Di sebuah restoran, seorang pelanggan sentiasa mengganggu seorang pelayan di sebuah restoran. Mula-mula, ia meminta dikuatkan air-cond kerana dia rasa terlalu panas. 10 minit kemudian, sekali lagi dia meminta pelayan yang sama mematikan sahaja air-cond kerana terlalu sejuk. Perkara sama diminta berulangkali, selama kira-kira satu jam.

   Yang menghairankan, pelayan tersebut sangat sabar melayan kerenah pelanggan tersebut, berjalan ke depan dan kebelakang dan sebagainya dan tidak pernah marah.
   Jadi akhirnya, seorang pelanggan lain yang memerhatikan situasi tersebut bertanya, "Hei, mengapa awak masih bersabar dengan kerenah pelanggan itu?", sambil merujuk kepada pelanggan pertama tadi.
   "Oh, takpe," kata pelayan itu dengan senyuman. "Kami sebenarnya tidak mempunyai air cond pun.."

Friday, July 5, 2013

Fakta #7 Lidah tidak bertulang?

Jangan berkata-kata yang menyakitkan hati orang, lidah lebih tajam dari mata pedang.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bangun pagi, lambat lah pergi kerja.

Sebenarnya, terdapat satu tulang kecil di bahagian bawah lidah, dinamakan tulang hyoid. Ia berbentuk U, dan disokong oleh otot di leher, tetapi tidak bercantum dengan mana-mana tulang.

Nah, terbukti sudah, lidah bertulang!!

Fakta #6 Hukuman penjara paling lama?

Tahukah anda apakah makna penjara seumur hidup?
Ok, jika pesalah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ketika umurnya 23 tahun pada waktu dijatuhkan hukuman, maknanya hukuman penjara ke atasnya adalah selama 23 tahun.

Tetapi tahukah anda siapakah yang telah dijatuhkan hukuman penjara paling lama di dunia?

Di Thailand, si penipu Chamoy Thipyaso telah dijatuhkan hukuman penjara selama 141,078 tahun oleh mahkamah. Hukuman dijatuhkan pada 27 Julai 1989. Dia akan keluar penjara pada tahun 143,067!!!

Fakta #5 Happy birthday to you..

Bilakah tarikh lahir anda? Bila-bilalah..
Admin ucapkan selamat hari lahir kepada anda..

Tapi tahukah anda siapa yang gubah lagu 'Selamat hari jadi..' @ 'Happy birthday to you..'?
Pada 1893, selepas tunggang terbalik memerah idea, dua orang adik-kakak telah mempersembahkan lagu ini untuk persembahan sekolah mereka. Tajuk asal adalah 'Good morning to you' (macam tiada kaitan, kan?). Selepas beberapa perkataan dan ayat digubah semula, lagu ciptaan Mildred J. dan Patty Smith Hill mula dikenali di seluruh dunia.
Paten hakcipta adalah sehingga 2013, sebenarnya tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil tanpa kebenaran, terkecuali untuk sambutan persendirian.

Happy birthday to youuu,
Aku cabut duluuu,
Kalau kau nak tahuuu,
Dalam kek ada buluuu...

ca alip bot..

Thursday, July 4, 2013

Fakta #4 Sekolah apakah paling jauh di pedalaman?

Admin biasa berjalan kaki sahaja, atau kadang-kala atok datang jemput masa sekolah rendah dulu. Budak-budak sekarang pergi sekolah naik bas. Tapi tahukah anda ada pelajar di dunia ni pergi ke sekolah naik kapalterbang?
Para pelajar di Kiwirrkurra Remote Community School di Australia pergi ke sekolah dengan menaiki kapalterbang ringan atau bot. Perjalanan mangambil masa 35 minit menaiki kapalterbang, dan 12 menaiki bot.WOW!! Kebas bontot..

Sekolah ini terletak 25 jam perjalanan dari pekan terdekat, dan mempunyai 100 orang pelajar dan 7 guru. 

Fakta #3 Bila PBB ditubuhkan?

PBB di sini bukan merujuk kepada Public Bank Berhad atau 'pabila bayan bersuara', tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau nama lain United Nation (UN). Ditubuhkan pada 1945, ia mempunyai keanggotaan sebanyak 192 negara di seluruh dunia. Malaysia adalah salah satu negara yang menganggotai PBB dan aktif menyuarakan pendapat dalam pelbagai perkara.