Friday, July 12, 2013

Fakta #8 Kapal pelayaran terbesar dunia

Jika anda mabuk laut, jangan baca..

Dibina di Finland, Liberty of the Seas adalah sepanjang 339m dan mampu menampung 4370 orang penumpang dan 1360 orang anak kapal. Di antara kemudahan mewahnya adalah gelanggang luncur ais di dalam perut kapal ini, manakala di bahagian badan atasnya terdapat pembina (pembuat) ombak buatan yang membolehkan penumpang melayari ombak seperti di tepian pantai.
Pergh, ini untuk orang ada-ada saja kot..

Monday, July 8, 2013

Jenaka #1 Air-cond


   Di sebuah restoran, seorang pelanggan sentiasa mengganggu seorang pelayan di sebuah restoran. Mula-mula, ia meminta dikuatkan air-cond kerana dia rasa terlalu panas. 10 minit kemudian, sekali lagi dia meminta pelayan yang sama mematikan sahaja air-cond kerana terlalu sejuk. Perkara sama diminta berulangkali, selama kira-kira satu jam.

   Yang menghairankan, pelayan tersebut sangat sabar melayan kerenah pelanggan tersebut, berjalan ke depan dan kebelakang dan sebagainya dan tidak pernah marah.
   Jadi akhirnya, seorang pelanggan lain yang memerhatikan situasi tersebut bertanya, "Hei, mengapa awak masih bersabar dengan kerenah pelanggan itu?", sambil merujuk kepada pelanggan pertama tadi.
   "Oh, takpe," kata pelayan itu dengan senyuman. "Kami sebenarnya tidak mempunyai air cond pun.."