Thursday, July 4, 2013

Fakta #2 Scrabble

Admin bukanlah peminat permainan Scrabble, kerana pemain permainan ini memerlukan pencernaan perkataan yang 'WOW' Yeke? Haha..

Scrabble dicipta di Amerika Syarikat pada 1930-an oleh seorang arkitek bernama Alfred Mosher Butts. Pada mulanya beliau memanggilnya sebagai 'Lexiko', kemudian 'Criss-Cross', sebelum diberi nama yang kita kenali sebagai 'Scrabble' sekarang. 
Bilangan kepingan bagi setiap huruf adalah berbeza bagi setiap negara. Di Belanda, terdapat 18 keping huruf 'E', 10 keping huruf 'N' dan dua bagi huruf 'J'. Manakala bagi versi Slovak, terdapat 41 huruf yang berbeza - lebih daripada versi negara lain.

No comments:

Post a Comment